Cuma aku dan Kayra…

Published April 12, 2011 by syarida

Malam ni cuma kami berdua kat rumah. Dia takda, dia pi KL ada test board esok katanya. Kelamkabut nak pi kL tadi lepas engineer bagi arahan suruh pi gak. Sebab board nak kena masuk site segera.

Itula kerja elektrik, dah terdesak baru nak segera segera. Yang jadi mangsa, orang orang kat rumah ni la. Kena tinggal. Takpa, faham. Kitapun pernah kerja jaga projek gak.

Kayra dah tidur, rasa sunyi lak. Tadi puas bergaduh berebut chanel tv dengan dia. Selagi dia tak tidur, jangan harapla nak tengok cerita korea kecuali kalau  asyik sangat dengan ‘periuk belanga’ yang penuh satu bakul tu. Sampai penat tangan tu suapkan mamapapa dengan ‘ayam’, ‘burger’,’pizza’ yang dia masak. Sekarang dia dah tidur rasa malas lak nak tengok tv, sebab takdak trill plak rasa takda orang berebut chanel.

Sunyi ja rasa taman ni bila malam, bukan malam ja, petang petang pun. Rasa macam best plak duduk sini. Kalau kat rumah sewa dulu, asyik dengar anjing menyalak la, orang bergaduh la tambah-tambah bunyi motor mat-mat rempit. Tapi kalau sorang macam ni malam-malam rasa seram pun ada.

Wah, banyaknya bunga ros…
saja je letak, ros kan nama saya…hehehe

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: