Cerita semalam

Published April 12, 2011 by syarida

Semalam balik dari kerja sakit kepala sangat-sangat. Mintak papa ambik kayra tapi dia tak dapat lak. Dengan kepala yang sakit tu la mama bawak kereta pelan-pelan pi Taman Ilmu ambik kayra kat rumah pengasuh.

Gagah gak masak , buat kari kepala ikan, sayur bayam n goreng ayam. Rasa macam sakit  terubat tengok dua orang tu bertambah-tambah makan nasi. Kayra dah pandai makan nasi dengan kicap. Papa dia dah tentu ‘hantu’ kicap dari dulu lagi. Mama gagah gak makan nasi dua jemput dengan bayam sebab lepas tu nak makan uphamol. Pastu naik tidur kat bilik sembahyang, sedar-sedar papa kat sebelah. Pastu pindah kat bilik tidur. Seleraknya bilik dengan ‘periuk pinggan’ anak mama. Dengan lantai bergetah kayra tuang susu. Kadang kadang boleh disiplin kayra ni, kadang-kadang macam tu la…

Dah tu pagi ni bangun dengan kepala rasa berat sikit. Tapi bersyukur sebab masih bernafas pada hari ini….

Pagi rasa malas lak nak datang kerja, tapi mengenangkan cuti yang tak seberapa hari je tinggal, kenalah datang gak. Pagi-pagi tadi bangun awal gak untuk iron baju papa.
Kayra macam biasa, mesti susah nak bangun. Kena dukung dia untuk hantar kat pengasuh. Nak tengok perkembangan dia dua tiga bulan ni, kalau dah tak pakai diapers pastu dah pandai bagitau itu ini baru nak hantar dia pi nursery. bukan apa, risau la la. Papa dia cakap takut kayra kena buli.
So, kesimpulannya. hari ni mama takda mood sangat nak datang kerja sebab sakit kepala semalam dan keadaan rumah yang tak berapa nak kemas. Hehehe….
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: