Tetamu Jauh Kita

Published Jun 12, 2012 by syarida

Kita terus gerak balik lepas tu akan tetapi bila papa berasa  lapar, kita singgah sekejap kalau tak salah mama kat Chemor untuk makan nasi barang sepinggan untuk alas perut. Pagi tadi kita sarapan  kat hotel, lepas tu kita tak makan apapun sampailah kita keluar dari Lost World. So singgah sekejap makan k, Kayra tidur kat dalam kereta, Park kereta dekat dengan meja makan, lepas tu buka tingkap sikit.

Lepas  makan kita mulakan balik perjalanan, sampai lah ke Kuala Kangsar. Singgah sekejap masjid dan beli laksa.

Gegas balik sambil sms kawan mama yang kebetulan masa tu datang jalan-jalan kat  Penang. Nak ajak depa mai rumah kita.  Dah bertahun mama tak jumpa dia. Masuk highway kita kearah utara, disebelah jalan menuju ke selatan, kenderaan sesak jalan pun slow sangat. Terus call bagitau dia. Ajak bermalam di rumah, tapi jual mahal dia. Suatu hari nanti Lin, kalau kau datang sini, mesti tidur kat rumah aku, kalau tak pun, lepak lama sikit.

Kita sampai di rumah, sempat angkat barang kat bonet, family berempat tu sampai. Bergambar tak hengat kita.

 Dah dua anak kau Lin. Kita kahwin tahun yang sama, tarikh yang sama. Anak aku seorang tunggal masih. Kayra sangat seronok berjumpa  Damia dan Daliesya .

Kisahnya datang ke Penang nak raikan cinta, ulangtahun perkahwinan. Sambil hadiri kenduri kahwin, berjalan-jalan sekali. Menyelam sambil minum air.

Rumah aku masih tak bersofa lin, lain kali kau datang tak tentu lagi ada. Hajat hati nak bersofa gedabak tapi sedar poketnya koyak rabak.  Hehehe…..

Seronoknya Kayra jumpa kawan baru. Habis semua mainan dia keluarkan. Banyak tak basikal Kayra ?

Mia dan Kayra

Adat tetamu datang mesti menjamu. Tak tahu nak masak apa. Nasib baik ada telur itik pemberian kawan pejabat.  Bermasak lemak kita petang tu.

Tak ada lauk pun nak dijamu. Ala kadar saja. Maklumlah baru balik berjalan kekdahnya.

Makanlah dulu apa yang ada. InsyaAllah ada rezeki datang lagi. Mama masak yang  lain pulak.

Semua mainan dia angkut keluar.

Kita pulak. Lin, ko makan sikit je kan ?  Patutla badan kecik je….

Lin, entah bila kita dapat jumpa lagi ?

Bergambar lagi berdua. Biar orang tengok gambar kita sampai muntah. Hahaha….

Damia  tinggi macam ibunya. Umur sama ni, cuma Kayra lahir bulan sepuluh. Damia bulan 5 kan ?

Pujuk-pujuk ajak tidur sini tapi taknak jugak. Patutnya rehatla lagi semalam sebelum balik. Tak apalah, ada rezeki singgahlah, jangan serik.

Read the rest of this entry →

Advertisements

Dunia Yang Hilang

Published Jun 10, 2012 by syarida

Wake Up Call, Morning Clock pagi ni adalah ‘ Lost World Of  Tambun’.

Ya, memang rancangan kita pagi ni sebelum balik adalah nak pergi ‘Lost World Of Tambun’. Kebanyakan orang dah pergi, cuma kita je yang tak pergi-pergi lagi. Takpa, hari ni kita pergi lah. Kita bersarapan kat hotel hari ni. Makan macam-macam tapi tak boleh kenyang sangat sebab sat lagi kita nak berendam. Cik Kayra bila dah dapat mi goreng dengan koko crunch ok lah dia. Nasib baik tak buat perangai yang pelik-pelik depan orang ramai-ramai tu.

Read the rest of this entry →

Kita pada 2 jun yang lalu….

Published Jun 8, 2012 by syarida

2 jun yang lepas. kita nak hadiri kenduri kat Sitiawan. Dah alang-alang berjalan jauh untuk makan kenduri, papa ajak sekali kita bermalam dan jalan-jalan ke Ipoh. Cadangnya nak ke Lost World Of Tambun. Memang dah lama papa dok nyanyi-nyanyi kata nak bawak Kayra mandi manda kat situ.

Kita bertolak dari rumah Tok Honey dalam pukul sembilan macam tu sebab papa nak sampai tempat kenduri tu awal. Lepas tu bolehla kita gerak awal ke Ipoh. Mula-mula papa ajak juga kita ke Lumut tapi memandangkan jauh jugak ke Lumut tu, ambik masa jugak kalau pergi balik, makanya rancangan tersebut diklasifikasikan sebagai gagal.

sepanjang perjalanan,  Kayra asyik dengan cd princess dia. Nasib baik la ada cd princess, kalau tak, kedepan kebelakang la dia. Kita sampai kat tempat kenduri tu tepat jam dua belas. Masa tu, orang tak ramai lagi. Apa lagi, masing-masing dah lapar. Kita terus capai pinggan dan ambik nasi.

Lepas makan kita  terus gerak. Lepas tu sempat lagi papa nak pergi manjung. Nak pusing-pusing tengok manjung katanya. Tapi rancangan tu tak jadi sebab kita semua nak cepat-cepat ke Ipoh. Macam banyak sangat tempat nak pergi tapi sebenarnya mama nak tunggu peluang jalan-jalan kat supermarket saja. Tapi apa-apapun kita nak cari hotel dulu.

Read the rest of this entry →

Cerita Kita Bersambung Di Sini….

Published Jun 5, 2012 by syarida
Mama terpaksa buka blog baru dengan wordpress sebab blog ni dah sampai limit gambar. Ertinya dah takleh nak upload gambar banyak-banyak. Kalau nak jugak kena bayar. 
Jadinya, semua orang boleh tengok entry terbaru di ; 
 
 
Entry-entry sebelum ni pun dah di copy ke sana. Tapi, untuk entry lama, gambarnya dah tak cantik so, boleh masuk blogspot balik kalau nak kualiti gambar yang cantik kat sini ;
 
 
Mama buat semua ni semata-mata untuk kesinambungan cerita kita. Mama harap dapat tulis semua kenangan kita lebih banyak disini.
Sesiapa nak bagi cadangan dan nasihat, amat dialu-alukan…
 

Entry Terbaru Dengan WordPress

Published Jun 4, 2012 by syarida

Salam. Selamat datang ke blog baru kami. Di sini akan bersambungnya cerita terbaru tentang kita. Tentang kamu, kamu dan kamu. Sayang, memang teramat sayang pada blog lama yang dah dianggap sebagai rumah sendiri, tapi apa nak buat, kekangan bilangan-bilangan gambar amat terhad jumlahnya. Maka inisiatif harus diambil supaya demi menyelamatkan cerita dan memori asal tersimpan kemas, maka harus ada kesinambungan di tempat lain. Makanya, inilah rumah terbaru.

Di sini, Kayra tetap Kayra dan papa juga. Tapi mama, mungkin menjadi aku atau saya. Tak sabar juga nak memulakan cerita.

Ini sebuah cerita cinta, ada juga kisah duka. Tetapi diharapkan, pengakhirannya cuma yang baik-baik sahaja.